Assalamualaikum!~
Kadang-kadang kita hairan kenapa blog kita, tiada sapa pun nak masuk, bila tengok pageview, errr kenapa xbergerak pun nie, ke pageview kita dah rosak. Sebenarnya, tiada apa pun yang rosak cuma kita je yang belum bersedia untuk terima kemasukan pengunjung, korang jangan ingat pengunjung yang masuk tu cuma blogger, tapi juga mereka yang suka search internet untuk cari bahan.
Cara tarik pengunjung ke blog kita :
1. Kualiti artikel andaArtikel yang korang cari tu, xsemestinya korang perlu copypaste walaupun sememangnya ia asli, tapi korang cuba faham artikel yang korang cari dan ceritakan mengikut kefahaman korang sendiri, walaupun ia sama tapi cara penyampaian korang berbeza dengan info tadi kan. So xnampaklah sangat yang korang itu sebenarnya copypaste.
2. Penampilan blog korangPenampilan blog sangat dititik berat, cuba korang tengok blog otai, ada x edit secantik korang, kadang-kadang cuma hitam putih je blog dorang, tapi ramai giler pengunjung kenapa?
- Tidak terlalu banyak animasi
- Gambar yang jelas bersesuaian dengan saiz
- Iklan ditempatkan dengan kemas.
- background yang tidak memeningkan kepala
- Link tertentu ditempatkan dengan baik.
- Adanya sitemap untuk pemilihan pengunjung
So kalau ikut semua diatas, blog korang pasti ringan dan kemas, tak adalah orang akan peningkan bila masuk.
3. Balas pertanyaan pengunjungBalas komen yang ditanya oleh pengunjung, kerana pengunjung akan merasakan senang untuk kerjasama dengan korang. Kalau x mungkin korang dicop sebagai sombong.
4. Loading yang cepatPastikan korang selalu timbang berat blog, supaya loading blog korang sentiasa dalam kawalan agar pengunjung berasa seronok masuk ke blog korang.
5. Tidak terlalu banyak iklanIklan yang korang pasang seperti nuffnang, churp-churp dan sebagainya pastikan diletakkan ditempat yang sesuai seperti
- 1 atau 2 di sidebar
- bawah posting korang
- di atas atau bawah header
No comments:
Post a Comment