21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)

I'm Miss Sunshine....

Ilmu Harus Dikongsi Kan...Hah... Sekarang Miss Sunshine nk tunjukkan tips2 belajar dengan betul dan berkesan.... (UPSR/PMR/SPM)..... 


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.
                                           DIJAMIN  LULUS

8 peraturan bila text perempuan :

I'm Miss Sunshine.....


1) Jangan ambil masa yang lama untuk reply . 


2) Gunakan bahasa yg elok . 


3) Guna smiley . 



4) Tanya soalan .


5) Jangan reply pendek .


6) Jangan tanya soalan yang boleh mematikan mood


perempuan .




7) Jangan tanya pasal ex perempuan tu .


8) Jangan tanya benda yang dia tak suka .





  


                            hahahax

10 tips menguruskan badan

I'm Miss Sunshine.....



Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,


Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),


Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)


Minum petang (3.30 - 4.00 petang)


Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?


p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Bagi penerangan lebih lengkap, anda boleh dapatkan cara kurangkan 5 kg dalam masa yang singkat yea.                                                                                                     


                                                       Dijamin Pasti Berjaya

cara meluruskan rambut

I'm Miss Sunshine....





Petua 1 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

atau

Petua 2 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.



                                                         
Dijamin Pasti Berkesan

cara tarik pengunjung ke blog kite

I'm Miss Sunshine.........
Assalamualaikum!~

Kadang-kadang kita hairan kenapa blog kita, tiada sapa pun nak masuk, bila tengok pageview, errr kenapa xbergerak pun nie, ke pageview kita dah rosak. Sebenarnya, tiada apa pun yang rosak cuma kita je yang belum bersedia untuk terima kemasukan pengunjung, korang jangan ingat pengunjung yang masuk tu cuma blogger, tapi juga mereka yang suka search internet untuk cari bahan.
Cara tarik pengunjung ke blog kita :
1. Kualiti artikel andaArtikel yang korang cari tu, xsemestinya korang perlu copypaste walaupun sememangnya ia asli, tapi korang cuba faham artikel yang korang cari dan ceritakan mengikut kefahaman korang sendiri, walaupun ia sama tapi cara penyampaian korang berbeza dengan info tadi kan. So xnampaklah sangat yang korang itu sebenarnya copypaste.
2. Penampilan blog korangPenampilan blog sangat dititik berat, cuba korang tengok blog otai, ada x edit secantik korang, kadang-kadang cuma hitam putih je blog dorang, tapi ramai giler pengunjung kenapa?
  • Tidak terlalu banyak animasi
  • Gambar yang jelas bersesuaian dengan saiz
  • Iklan ditempatkan dengan kemas.
  • background yang tidak memeningkan kepala
  • Link tertentu ditempatkan dengan baik.
  • Adanya sitemap untuk pemilihan pengunjung

So kalau ikut semua diatas, blog korang pasti ringan dan kemas, tak adalah orang akan peningkan bila masuk.
3. Balas pertanyaan pengunjungBalas komen yang ditanya oleh pengunjung, kerana pengunjung akan merasakan senang untuk kerjasama dengan korang. Kalau x mungkin korang dicop sebagai sombong.
4. Loading yang cepatPastikan korang selalu timbang berat blog, supaya loading blog korang sentiasa dalam kawalan agar pengunjung berasa seronok masuk ke blog korang.
5. Tidak terlalu banyak iklanIklan yang korang pasang seperti nuffnangchurp-churp dan sebagainya pastikan diletakkan ditempat yang sesuai seperti
  • 1 atau 2 di sidebar
  • bawah posting korang
  • di atas atau bawah header
Setakat ini sahaja tip ikaa untuk kali ini, kalau ada kekurangan korang boleh tambahkan, sekadar perkongsian bersama. Selamat berpuasa.



Tips tingkatkan follower blog anda

I'm Miss Sunshine.....


Assalamualaikum!~



Sebenarnya xsusah pun kalau korang nak follower blog meningkat setiap hari, at least seorang sehari, lama-lama kan dah banyak. Tapi sebelum itu, korang kena tahu 10tips mesra pengunjung nie dulu, kalau pengujung masuk, barulah follower pun naik mendadak.


Tips yang paling mudah

1. Widget follower -
pastikan korang pasang widget follower bukan button follower  ye, dan letak di tempat atas dan mudah orang lihat.
2. Blogwalking 
orang yang rajin jejak kasih kat blog orang lain, paling senang dapat follower tambah-tambah kalau korang singgah blog newbie, pasti blog korang jadi rujukannya.

3. Mesra alam
jadilah blogger yang peramah, baik hati, suka menolong dan elakkan jadi blogger yang sombong, nanti sapa pun xpandang, ada hati nak follower.

4. Gaya penulisan
tolong tulis cara berblog bukan cara bermsg ye, xde singkatan " makan = mkn ". tulisan biar jelas dan mudah difahami.

5. Rajin komen
selalunya orang rajin komen nie, banyak follower, sebab dia kan perihatin terhadap entry orang lain.
6. Pandai ambil hati 
kalau dah singgah shout orang tu, pujilah blog owner tu sikit, janganlah pula guna ayat nie " sy dh follow, plez follow balik ". ada ka owner minta follow?

7. Blog yang kemas 
pastikan blog korang loading baik, kemas, xsemak dengan banyak widget, dan yang penting ada sitemap.

8. Gaya entry 
tolonglah elak dari tulis pasal masalah peribadi, banyakkan entry yang berinfo baru orang nak baca.

9. Gambar owner 
yang nie bonus, selalunya orang yang cantik dan hensem paling banyak orang follow, tapi ikhlas cakap, ikaa xcantik. 

Sekadar perkongsian bersama. Jom dapatkan tips cara tarik pengunjung ke blog kita!

sahabat

I'm Miss Sunshine.....


Kini, Miss Sunshine belajar tentang erti persahabatan......
Sahabat bagaikan pelangi untuk kita... Kalau 1 warna hilang maka semuanya juga pasti akan hilang....
Kita tak akan boleh hidup selagi kita tidak bersama rakan kita.....
Rakan menjadi sebahagian daripada keluarga kita... Selain daripada keluarga , sekolah dan lain2....
Sekarang Miss Sunshine betul2 taw ape itu persahabatan.....

Ini SAHABAT SEJATI Miss Sunshine... sahabat yang selalu menolong Miss Sunshine ketika Miss Sunshine susah....


Kami dijadikan dalam Sebuah kumpulan belajar.... sepatutnya ada dua lagi gambar yang patut diletak tapi......
Nama kumpulan kami NAVEFAH atau FELISH.... Antara nama2 grup ini,,, Miss Sunshine lebih suka Nama FELISH...kerana nama itu seperti berada di LUar NEgeri.....

~Bagi nama NAVEFAH...

N bermakna NURIN
A bermakna AKALILI
VE bermakna VANESSA
FA bermakna FARIZATUL
H bermakna NAZHIRAH

~Bagi nama FELISH.... 

F bermakna FARIZATUL
E bermakna VANESSA
LI bermakna LILI
S bermakna SUHAILA 
H bermakna NAZIRAH.......

Miss Sunshine sangat gembira dengan grup ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...